|
- SMK Kepong
|
|
|
‘Menuju Kejayaan’
‘Semangat Membara Ke Puncak Kecemerlangan’
‘Berdisiplin, Berdedikasi, Menjana Kecemerlangan’
Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong akan terus melaksanakan pendidikan bertaraf dunia bagi melahirkan insan yang berilmu, berinovatif, berketrampilan dan berakhlak mulia.
Bahawasanya sekolah ini menyediakan peluang pendidikan yang luas kepada para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah di samping memperkembangkan potensi diri menjadi warganegara yang berkualiti dan berbudaya ilmu serta bersedia menghulur sumbangan kepada masyarakat dan negara
Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong sentiasa berusaha ke arah mewujudkan masyarakat sekolah yang bersatu, penyayang, dinamik dan mampu bersaing dalam menghadapi arus pembangunan dan Wawasan 2020. Sekolah ini akan terus melatih, membimbing pelajar-pelajar supaya mampu berfikir, berdedikasi, berakhlak mulia dan berkeyakinan tinggi melalui pendidikan yang berkualiti berteraskan falsafah pendidikan negara.
Huraian Lencana Sekolah
i Warna Biru adalah warna sekolah yang melambangkan semangat perpaduan yang ingin dipupuk di kalangan murid-murid.
ii Warna Putih melambangkan kesucian dan keikhlasan hati dalam segala tindak tanduk sama ada dari segi kelakuan, tutur kata dan penulisan.
iii Warna Merah pada obor melambangkan semangat yang berkobar-kobar dalam apa juga perkara yang dibuat dan tidak mudah kecewa atau mengaku kalah
iv Objek-objek buku yang terbuka, obor, seorang murid sedang bersedia membuat larian, membawa maksud di samping menimba ilmu pengetahuan, murid-murid juga akan menitikberatkan bidang-bidang lain seperti sukan. Gunting dan alat jangka menunjukkan bahawa di samping pelajaran sastera sekolah juga memberi pengetahuan dari segi sains dan kemahiran-kemahiran lain seperti sains rumahtangga dan seni perusahaan. Obor yang sedang menyala membawa maksud cita-cita yang tidak akan padam malah terus menyala dengan semangat yang kuat.
v Motto ‘Menuju Kejayaan’ pula sentiasa mengingatkan kita bahawa apa sahaja yang dilakukan mestilah dengan hati-hati, semangat yang gigih supaya dapat menghasilkan kecemerlangan.
Bendera sekolah telah diilhamkan oleh Pn Eliza Nasir.
Senikata Lagu Sekolah SMK Kepong
Harumkan nama sekolah kita Jasa ditabur pada negara Membimbing membantu mendidik anak bangsa Membentuk peribadi yang mulia Tangkas dan cerdas kuatkan usaha Siap sedia sepanjang masa Nasihat guru ingat sentiasa Semoga Sekolah Menengah Kepong berjaya Kepada Tuhan kami pohonkan Menuju menara kejayaan Semoga tercapai impian dan harapan Rukun Negara menjadi panduan
Pencipta : Jalil Ibrahim Lirik : Noriah / Habibah / Zakiah
Lirik lagu SMK Kepong dicipta oleh Encik Jalil Ibrahim dengan penulis liriknya Pn. Noriah Ishak, Pn Habibah Yahya dan Pn. Zakiah Isa. LAGU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEPONG (MOTTO : MENUJU KEJAYAAN)
Pencipta : Jalil Ibrahim Lirik : Noriah / Habibah / Zakiah / She Penulis Skor Muzik : Ooi Yet Mooi Chuah Joon Yee (2A)/1988 Yuen Sze Pei (2A)/1988 Susunan Muzik : Azlan/Jalil/Aslam
Lagu SMK Kepong untuk dimuat turun
|
![]()
Copyright © 2008 Sekolah Mengah KepongDireka cipta oleh Lai Shi JianDibantu oleh Ng Zhong Sheng dan Cheang Si Xian
|